Cinta Kolesterol
Adakah anda begini?
- Makan diet tak seimbang. Terlalu banyak memakan lemak tepu dari hati, jantung, paru, limpa atau transfat dari biskut, kek atau susu.
- Gemuk/obes. BMI melebihi 30 kg/m2 (pengiraan: berat badan(kg)/ketinggian x ketinggian (m)
- Lilitan pinggang yang lebar: Lelaki 40 inches (102 centimeters) keatas atau wanita 35 inches (89 centimeters) keatas.
- Kurang bersenam. Senaman membina HDL terutama sekali jika bersenam dengan bebanan contoh, dumbell 3 kali seminggu.
- Merokok
- Diabetes. Kandungan gula dalam darah yang tinggi memberi laluan untuk pemprosesan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL kolesterol yang baik. Ini merosakkan dinding saluran darah.
Kadar kolesterol anda?
Kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan tersumbatnya saluran darah dan ini pula akan menjejas perjalanan darah menyebabkan seseorang mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar.
Ada kolesterol "jahat" dipanggil Low-density lipoprotein (LDL). LDL kolesterol berselaput didalam saluran darah menyebabkan saluran darah tersumbat.
High-density lipoprotein (HDL). HDL, atau kolesterol baik mengumpul kolesterol yang berkebihan dan membawanya ke hati untuk dihapuskan.
Komplikasi
Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan atherosclerosis, dimana saluran darah di baluti oleh kolesterol. Ini akan menyebabkan dinding berselaput dan menjejas perjalanan darah lantas boleh menyebabkan
- Sakit dada
- Serangan jantung (jika darah tidak sampai ke jantung)
- Angin ahmar (jika darah tidak sampai ke otak)
4 makanan untuk menurunkan kadar kolesterol:
- Oats. oatmeal or an oat-based cereal untuk sarapan memberi 1 sehingga 2 grams zat serat. Campurkan pisang atau strawberry untuk setengah gram lagi.
- Kekacang. Kaya dengan zat serat, ia mengenyangkan kerana zat serat mengambil masa yang lama untuk dihazamkan. Sekaligus ia juga baik untuk penjagaan berat badan. Kekacang seperti kidney beans, lentils, garbanzos, black-eyed peas. Makan kacang 2 ounces sehari dapat merendahkan LDL kolesterol sebanyak 5%.
- Badam (makan 10 biji setiap hari, jika anda tiada masalah gout) baik untuk kesihatan jantung.
- Ikan. Makan ikan 2 sehingga 3 kali boleh merendahkan LDL melalui dua cara: sebagai makanan gantian daging, yang mempunyai keupayaan untuk meninggikan tahap kolesterol disebabkan lemak tepu nya dan juga kandungan Omega-3 didalam ikan dapat merendahkan triglycerides (sel gemok) dalam darah. Ia juga melindungi jantung dari terjadinya jantung bergegar yang tidak sihat (abnormal heart rhythms. Ikan seperti norwegian salmon dan trout, sardin, tuna adalah makanan yang baik untuk ini.
- Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan. Pengambilan garam seharian perlu hanya setengah camca teh sahaja sehari.
- Lebihkan sayuran dan buahan yang berwarna warni. Pastikan anda makan sebiji buah dan segenggam sayur 3 kali sehari.
- Makan roti bijirin
- Makan beras perang atau beras ayam
- Jangan merokok
- Bersenam 30 minit sehari - berjalan pantas atau berbasikal
- Berat badan ideal BMI orang Asia ialah BMI 18.5 - 22.9
- Menangani tekanan dengan baik. Amalkan 3 min setiap pagi dan malam untuk bernafas dengan mendalam dengan tutop mata.
- Regang 12 dengan bernafas dengan releks dan konsisten selama 10 saat setiap pergerakan akan melembutkan sendi2 dan justeru itu memberi relaksasi kepada tubuh yang penat bekerja seharian. Cortisol (hormon stres) yang berlebihan boleh menjejas kesihatan kolesterol.
Yours always in good health and happiness,
Dr Dee Dee Mahmood (PhD), i
Regional Head, Regional Alumni Ambassador Network & Associate Senior Lecturer at Edith Cowan University Australia.. Multi award winning TEDx Speaker, Celebrity Exercise Physiologist, Nutritionist and Talk Show Host .More, Click here:
Watch "Lifehacks with Dr Dee Dee (Featuring Chef Amri) Episode 1" on YouTube
Watch "Lifehacks with Dr Dee Dee (Featuring Chef Amri) Episode 2" on YouTube
https://youtu.be/y7UU3Jck-DUWatch #Lifehacks with Dr Dee,
the newest show in town on Mondays 8.30pm (Singapore time), Click & Like
https://www.facebook.com/deedeemahmoodofficial/